web 2.0

Saturday, September 19, 2015

Agama Dan Kasih Sayang

      Islam adalah agama yang cukup mengasihi dan menyayangi seluruh manusia. Ia adalah agama yang menjalankan kempen keamanan kepada makhluk keseluruhannya. Menyebarkan salam, memberikan makan dan menghubungkan kasih sayang persaudaraan adalah mesej utama kempen Muhammad SAW.

      Oleh yang demikian, adalah mustahil agama yang rahmat ini dilihat extrem dan membelakangi sisi asalnya iaitu mengasihi dan menyayangi.

Allah Dan Kasih Sayang.

      Allah menyayangi manusia keseluruhannya. Tidak terhitung betapa banyaknya pujukan, tolak ansur dan nikmat yang Allah berikan dalam al-Quran. Allah bertolak ansur dalam lapangan manusia beribadah kepadanya. Tiada tekanan, Allah jadikan ibadah untuk melihat siapakah antara para hamba ini yang benar-benar mentaatinya. Ibadah-ibadah yang kita lakukan bukanlah bermaksud seolah Allah membuli dan ragging kita. Tidak sama sekali. Lantaran itulah Allah bertolak ansur, diberikannya duduk jika tidak mampu berdiri, diberikannya qado' jika terlupa sehinggakanlah dibolehkan yang haram jika mendesak.  Bukankah itu cukup rahmat ?

      Apabila manusia kesibukan menguruskan hal keduniaan mereka, Allah memujuk manusia, agar mereka memilih waktu lapang untuk beribadah kepadanya. Demikian Allah memujuk kita, supaya memilih waktu lapang itu. Allah juga tidak menyuruh para hamba untuk mengunci pintu rumah, mengasingkan diri dari sekalian manusia hanya untuk sujud kepadaNya setiap saat dan masa tetapi Allah hanya memilih satu kerangka masa yang paling afdhal dari 24jam itu untuk manusia mengadu domba kepada. Ianya ada 1/3 dari keseluruhan malam.

      Sayang dan kasih Allah kepada seluruh umat manusia dengan memberikan sifat "Arrahman" nya kepada semua manusia. Tidakkah anda berfikir, yang memberikan anugerah dan kesenangan, kebahagian dan kegembiraan itu kepada manusia walau bukan dia dalam kalangan muslim itu siapa ? Adakah wujud tuhan selainnya ?.. Pasti tidak. Dialah Allah yang memberikan anugerah kesemuanya untuk mereka secara sunnatullah.

      Allah yang sangat kasih kepada kita telah meletakkan undang-undang kepada dirinya. Iaitu Allah melarang dan mengharamkan sifat zalim keatas dirinya. Hanya adil bagi Allah. Tiada zalim baginya. 


0 comments: