web 2.0

Sunday, June 29, 2014

Berkatkah Kita di Bulan Berkat ?

Allah memberikan keberkatan kepada manusia. Tidak kira siapakah dia, Allah lah yang memakbul atau menangguh permintaannya.

Ramadhan bulan yang dikatakan sebagai al-mubarak (berkat). Sepertimana adanya air zam zam yang berkat, adanya juga 2 tempat yang berkat iaitu Makkah dan Madinah dan adanya hari yang berkat iaitu Jumaat.

Pelikkah kita, walaupun kita duduk ditempat yang berkat (makkah dan madinah), minum air yang berkat (zam zam), berada di hari yang berkat (hari jumaat) namun keberkatan itu masih tidak hadir ???

Makkah dan Madinah


Dua tempat barakah ini mempunyai nilai sejarah tersendiri, kiblat umat islam dan tempat bersemadinya maqam rasulullah saw. Tiada pokok dan bungaan, ianya tandus. Namun, tanah baraqah inilah yang dipijak oleh abu jahal seteru rasulullah.


Ditanah baraqah inilah ramai insan yang masih mencuri dalam ibadah, berlakon sakit untuk tawaf yang mudah dikawasan yang khas berkerusi roda, selipar kaum muslimin yang menziarahi masjidil haram juga dicuri. Ditanah yang barakah inilah pemandu teksi mencuri wang pelanggan mereka. Peniaga juga menipu rial jubah-jubahnya.

Air Zam Zam

Air ini sangat baraqah. Nabi saw dlm riwayat yang sohih menyebut :

 "air zam zam, adalah berdasarkan niat si peminumnya" -muttafaqun alaihii

Al-Hafiz Ibn Hajar Asqolani, didalam sejarah hidupnya berkesempatan 2 kali sahaja meminum air zam zam. Ibn al-arabi meriwayatkan bahawa ketika kali pertama, Ibn Hajar berdoa agar Allah menjadikannya sehebat gurunya yang alim iaitu Azzahabi. Maka Allah memaqbulkannya. Ibn al-arabi menyatakan bahawa hanya selepas 20 tahun, barulah ibn hajar berjaya untuk meminum semula air zam zam. Disaat ibn hajar hendak meminumnya, beliau berdoa supaya Allah menjadikannya lebih hebat daripada Azzahabi. Ibn al-Arabi menyatakan bahawa sewaktu doa itu dilafazkan oleh ibn hajar, dunia ilmuan telah lama mengetahui bahawa ibn hajar telah menjadi lebih hebat dari Azzahabi. Subhanallah, berkatnya air zam zam, sehingga niat seorang hamba dimaqbulkan Allah sebelum seseorang itu melafazkan doanya.

Malangnya... hari ini kita melihat kaum muslimin bukan sahaja minum air zam zam, bahkan mereka mandi dengannya. Persoalan sekarang ini, mengapa nasib mereka masih tidak berubah ??? 

Keberkatan Perlu di Tadahi

Keberkatan tidak akan sampai dan masuk ke dalam diri insan dengan sekadar masuk ke tempat berkat, hari yang berkat atau juga minum air yang berkat. Namun keberkatan itu hadir kepada insan, jika dia meminta kepada tuhan dengan penuh kesungguhan,  keikhlasan dan keimanan. Itulah 3 perkara untuk menyelesaikan permasalahan ini.

Boleh jadi seorang yang Allah limpahkan rezeki, mampu melangkah ketanah suci dan mendapat layanan VIP kerana pangkatnya dari kerajaan Saudi. Lalu dia berdoa kepada tuhan. 

Ada juga seorang insan yang Allah takdirkan ujian yang berat kepadanya utk mencari rezki, dia berdoa ditepi celahan longkang2 pasar. Dalam keadaan yang penuh pengharapan, mujahadahnya dan keyakinannya kepada tuhan, Allah lebih mendengar rintihan dan doanya lebih dari ketakburan insan yang melafaz doa ditanah suci tanpa iman dan keikhlasan.

Ramadhan Ini

Ramadhan kali ini, sama dengan ramadhan lalu dari sudut jaminan tuhan. Ianya bulan keberkatan. Adakah kita masih menyangka bahawa kita akan terus mendapat keberkatan ? Pastinya tidak. Bukan tidak yang selamanya, sebaliknya tiadalah keberkatan itu jika ia tidak ditadah dengan penuh mujahadah, keikhlasan dan keimanan. Jika tidak, maka tidak hairanlah jika dirimu sama dengan sebelumnya. Tidaklah ianya merubah diri seseorang insan, dan kadangkala dibulan barakah inilah manusia boleh menjadi lebih syaitan dari sebelumnya...

tadahilah ramadhan ini wahai insan. Allah menilai iman kita, disamping keikhlasan.

....


0 comments: