web 2.0

Wednesday, December 5, 2012

Harapan ~ Siri 2 ~


5.  Pendidikan alam menengah seharusnya tidak tetap satu hala sahaja iaitu melalui sistem pendidikan kebangsaan.Jangan mendoktrin akal dengan hanya mengikut sistem. Namun, pendidikan yang tidak formal adalah penting untuk mematangkan akal fikiran seorang remaja. Usrah, seminar ilimiah, konvensyen semasa, kongres dan forum-forum yang bermanfaat wajib dijadikan satu kelaziman untuk menjadi pengisian minda kita.

6.  Semua remaja pastinya ingin mendapat pendidikan peringkat pengajian tinggi di Universti dalam dan luar negara. Banyak perbezaan pendidikan peringkat pengajian tinggi berbanding disekolah. Tiada pengawas disana, ilmu dan kematangan adalah pengawas diri anda sendiri. Tiada guru yang akan peduli tindak langkah angkuh anda jika malas dan memonteng kuliah pengajian disana. Anda adalah bertanggungjawab mempedulikan diri anda sendiri. Jangan jadi Mahasiswa kolot yang seperti pelajar sekolah dengan hanya mementingkan kebaikan hanya untuk diri sendiri. Penyertaan untuk bidang kepimpinan perlu diasah ketika alam ke Mahasiswaan. Persatuan Mahasiswa Islam pastinya ada kaderisasi sendiri yang dilatih dan berkualiti. Berlatihlah dalam Persatuan yang lebih terbuka sosialisasinya. Awasilah dirimu, jangan mereka yang akhirnya menghanyutkanmu.

7. Gerakan Mahasiswa Islam pasti dilihat tegar dan dominan dalam memperjuangkan kemanusiaan Mahasiswa, taraf sosial dan merakyatkannya. Untuk tidak kelihatan pegun pada cara zaman lalu, sistem melahirkan mahasiswa baru perlu dibangunkan baru. Bai'ah membai'ah, belasah-membelasah, askar-mengaskar, dogma tipu-menipu perlu dikaji semula.

8.  Pendidikan Islam jangan terkongkong pada tradisi. Ia mesti berpijak pada lembaran yang lebih waqi'ei. Saya berasa musykil dan sangsi. Ketika mana orang bukan islam mendirikan sekolah persendirian yang canggih dengan teknik pembinaan moden, sekolah mubaligh pula pasti ada sebuah dewan yang besar untuk kemudahan, mereka semestinya ada sebuah makmal sains untuk memastikan anak didik mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan arus perdana. Pada ketika ini, saya sangat sangsi dengan Pondok-pondok. Zaman kini kemajuan telah mendirikan batu-batu yang tahan dipukul ribut, kita masih dengan mentaliti pondok. Namun, insfrastruktur bukanlah bahan utama yang saya musykilkan, namun yang paling saya risaukan ialah manhaj pengajian itu. Adakah ia sejajar dengan kehendak semasa. Terang saya katakan mereka yang bergraduasi dari sini tidak tegar kelihatan dalam medan Gerakan Islam. Risau hanya banyak melahir pendakwah yang mudah mengkafirkan orang. Setinggi kekaguman saya berikan kepada pondok-pondok yang hanya mengekalkan namanya sebagai tradisi, tetapi tidak mentradisikan manhaj pengajiannya. Sekalung tahniah kepada sekolah pengajian saya, Pondok Integrasi Arrahmah

7-  Pastikanlah kita memahami hakikat ilmu akidah, fiqh dan ilmu hadith sebelum kita menghafaz al-Quran dan memiliki gelaran adat "al-Hafiz" kepada si penghafaz al-Quran. Hal yang demikian agar kita tidak mendedahkan diri pada pelbagai fitnah dan tohmahan orang, sehingga dilaknat oleh al-Quran kerana hanya menghafaznya tanpa memahami kehendak al-Quran itu sendiri. Oleh yang demikian saya sangat bersetuju dengan pusat pengajian tahfiz al-Quran yang memberikan nafas baru dalam sistem penghafazan al-Quran milik mereka. Ajarkan terlebih dahulu kitab "Kaifa Nata'ammal ma'a al-Sunnah & Kaifa Nata'ammal ma'a al-Quran ", karangan al-Qorodhowi sebelum mereka menghafaz al-Quran. Tahniah kepada Institut Dar al-Quran, JAKIM. Sepengetahuan saya, sedikit sebanyak mereka mempeloporinya.

0 comments: