web 2.0

Sunday, November 25, 2012

Harapan -Memanggil Abdullah Umar- Siri 1

1.  Kehidupan di alam kanak-kanak wajib dipenuhi dengan perkara-perkara yang menyeronokkan. Permainan-permainan mesti dijadikan alat pendidikan kepada kanak-kanak agar mereka seronok dengan sesi pembelajaran yang seperti itu. Itulah tanggungjawab si ayah. Dia wajib bersedia dan berkorban dengan kemampuan menyediakan suasana yang sekondusif itu. Tenaganya, wang ringgitnya, kasih sayang Ibu Bapa adalah yang paling penting dikerahkan.

2.  Tatkala bergembira dengan kasih sayang Ibu Bapa, anak-anak pastinya tidak akan tahu kesengsaraan yang sedang ditanggung oleh mereka. Oleh yang demkian, fitrah akal menuntut si anak agar bersyukur dengan nikmat kebahagiaan berkeluarga yang Allah berikan. Wajarlah nasihat dan teguran mereka didengari dengan cara yang penuh kasih.

3.  Peralihan zaman kanak-kanak menuju remaja ialah sempadan masa yang paling penting. Ada satu hak ibu bapa yang perlu anak-anak berikan pada ketika ini. Iaitu mendengar pakai nasihat dan teguran serta gaya mereka mencorak kita berbanding kita mendengar pakai nasihat dan teguran serta gaya corak rakan sebaya. Hargailah ibu bapa dengan sebaiknya dengan mengenangkan jasa mereka sewaktu anak-anak seronok bermain dan berkasih sayang di alam itu.

4.  Guru-guru adalah pengganti keluarga terutama dan hal pendidikan dan kasih sayang. Jangan menjadikan guru sebagai bahan jenaka, memberikannya nama jolokan ketika bersembang dengan kawan-kawan, jangan sabotaj guru yang kelihatan sering menjadikan diri kita "mangsa" dalam pendidikan. Bersahabat baiklah dengan guru, ambillah peduli akan hari-hari pentingnya. Ucaplah sesuatu untuknya agar dia sejuk hati ketika bersama dengan kita walau kita terus menerus tersumbat dalam menerima pendidikan bersamanya. Saling ikhlas mengikhlasi dalam kalangan guru dan pelajar adalah asas utama dalam kejayaan akademik sebelum seseorang itu "pulun" dalam mengulangkaji akademiknya.

0 comments: