web 2.0

Saturday, September 15, 2012

Memaknakan Seruan Kita

Duduk disebuah taman perumahan sememangnya menyesakkan kita dengan karenah jiran tetangga. Bising dan tidak menghormati hak jiran adalah perkara yang paling menyakitkan jiwa. Mujur akhlak baginda SAW menjadi pembatas kepada amarah yang mendidik kepada kemarahan yang membuta tuli


Dalam sebuah hadith :-



عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: (( مَنْ كان یُؤْمِ نُ
بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَمَنْ كانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ جَارَهُ،
وَمَنْ كانَ یُؤْمِنُ بِاللهِ واليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ )) رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Hurairah (RA), Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata dengan kata-kata yang baik ataupun dia diam. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghormati jirannya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia menghormati tetamunya - Diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim -

Budaya majlis perkahwinan di kawasan taman perumahan memang "ala goyang-goyang"... Tidak kira tua muda berkaraouke hingga lewat malam ke awal 2pagi. Na'uzubillah, semoga allah takdirkan sesuatu yang memberi hikmah kepada mereka. 

Itu ialah malang yang pertama. Namun ada malang yang kedua. Iaitu hal keadaan kuliah dakwah di surau mereka. Sangat pelik dan memeningkan. Kuliah pengajian ilmu seharusnya memberikan maklumat syariat yang menyentuh keadaan semasa dan bermanfaat kepada umat. Saya memberikan satu "rawatib" langkah-langkah yang sewajarnya para ilmuan beri.

1. Memilih kitab kuliah umum
2. Menyelangi dengan isu semasa
3. Menyelangi dengan isu setempat
4. Memastikan kehujjahan dalil pada semua jawapan.

Contoh kuliah panas yang menimbulkan tanda tanya dalam benak saya  :-

" Hendaklah kita semua mengambil berat akan halnya sifat tanah penciptaan Nabi Adam AS. Tanah kepalanya diambil dari tanah di Hijjaz. Manakala kulit kukunya adalah daripada tanah di Iraq. Tanah kakinya pula berasal daripada tanah di... Manakala rambutnya bukanlah daripada kejadian rambut kita. Namun rambutnya berasal daripada bulu kapas dari tanah... "

Dua persoalan. Yang pertama, saya tidak pasti daripada manakah sumber bukti dalilnya beliau menyatakan sedemikian. Yang kedua, saya sangat tidak tahu jika benar apakah manfaatnya kepada masyarakat taman yang mendengar.  

Jika itulah hakikatnya, maka tidak hairanlah kejahilan masyarakat kita semakin menjadi-jadi. Yang hadir mendengar pengajian ialah 10% sahaja. Yang 10% itu pula dibohongi dengan ucapan kuliah dusta yang tidak akan mengubah apa-apa. Budaya sonsang majlis perkahwinan akan terus berlangsung. Jiran akan memilih untuk keluar ke rumah lain. Tidak menegur kerana mereka juga menunggu giliran untuk melakukan perkara yang sama pada majlis perkahwinan anak mereka.

Sepatutnya ruang yang ada digunakan sebaik mungkin dalam mengislah umat. Bukan menggunakannya sebagai modal mengumpul rezki dengan peruntukan dan tauliah yang diberi.

Penulis tidak akan beroleh apa-apa selepas menulis perkara ini seandai tidak dirumuskan dalam "pelan tindakan dakwah". Pembaca juga tidak beroleh apa-apa andai hanya menyelangi dengan anggukan kepala sahaja setelah membacanya.

Anda mampu berfikir dan mengubahnya ...

Wallahua'lam

0 comments: