web 2.0

Monday, December 5, 2011

Pemikiran Pembangkang

Kehadiran pembangkang wajib dirai dengan adil dalam Syariat Islam. Mutakhir ini kita melihat tuntutan-tuntutan pembangkang kepada Pencadang sudah dipenuhi demi kepentingan rakyat. Namun, yang peliknya ialah ianya hadir setelah pelbagai desakan dibuat dan negeri contoh pembangkang membuktikan bahawa ia mampu dibuat. 

Pembangkang perlu diberikan hak publisiti yang sama pada media. Mendapat hak layanan yang sama rata dalam menganjurkan program penerangan, layanan sama untuk menggunakan pengawal keselamatan yang sama iaitu Polis Diraja Malaysia, terlibat dalam memutuskan agenda dasar negara dalam Dewan Rakyat dan kebebasan suara yang sama seperti Pencadang. Pencadang dilarang sama sekali menggunakan kemudahan negara atas hak peribadi mereka sahaja, kerana ianya jelas menyalahi undang-undang keadilan Islam, bukan setakat keadilan Demokrasi.

Pembangkang pula wajarlah mengerti etika mereka. Mereka tidak seharusnya bertindak sebagai Pembangkang buta, namun menjadi Pembangkang celik keatas setiap perkara merupakan dasar pengimbang kepada keputusan Pencadang. Saya menolak sekerasnya sikap buta Pembangkang yang membangkang buta tanpa mengkaji terlebih dahulu sudut kewajaran dan kebenaran sesebuah projek rasmi Pencadang kepada rakyat negara. Jika kalian tidak mengakuinya, biarlah saya sebagai Pembangkang mengakui perkara terbabit demi menyuburkan rasa senang saya terhadap pergerakan wadah kita. Sememangnya Pembangkang memang telah masak dan bosan dipermainkan dan dipersenda oleh jentera rasmi Pencadang, termasuk prosedur "jahat" dalam melembabkan pergerakan Pembangkang, namun sikap profesionalisma  wajiblah dijaga agar tidak terjun sama mengikut akhlak tidak sudah mereka.

Janganlah sama sekali Pembangkang melakukan kesilapan yang sama seperti mana Pencadang melakukannya kepada kita jika diberi peluang menawan Putrajaya. Berilah bekas Pencadang itu hak yang sama seperti wadah asal perjuangan kita. Beri hak media kepada mereka, hak bebas bersuara, hak menggunakan kemudahan negara, hak menggunakan Polis Diraja Malaysia dan hak menyertai keputusan memutuskan agenda dasar negara. Hal yang demikian adalah kerana Pembangkang bukan diktator yang mengekor kefasadan sikap tidak kritis Pencadang yang lama.

Wallahua'lam

0 comments: