web 2.0

Thursday, August 18, 2011

Susah Itu Tidak Berdosa

Ramai manusia dalam kalangan mereka risau dan takut untuk berhadapan dengan kesusahan. Seolah-olah, kehidupan ini perlu disediakan kearah kesenangan tanpa bersedia menghadapi kesusahan.

Apabila tiada pilihan melainkan kesusahan, maka kita akan melihat ramai yang akan memilih senang yang sonsang, walaupun mereka tahu kesusahan yang dijanjikan itu adalah perkara yang tidak berdosa. Menggadaikan prinsip, maruah diri, jati diri, akhlak dan agama demi senang palsu yang dikejar.

Namun, disana terdapat janji Allah yang pasti terhadap orang yang rela bersusah demi sebuah prinsip yang agong. Yang jelas, mempertahankan kebenaran walau pahit ialah sunnah baginda SAW. Tidakkah kalian merasakan kesenangan yang ada sekarang adalah kesukaran? Tidakkan kalian merasakan, bahawa kesusahan yang kalian tempah demi maruah sekarang ini ialah kesenangan ?

Mengapa Allah mengajar kita sebulan bersusah payah menahan lapar dan dahaga dalam syariat Ramadhan?

Adakah Allah hanya semata-mata mahu kita merasai susah payah orang fakir dan miskin.?

Andai benar puasa itu hanya semata-mata untuk membiarkan kita bersusah payah belajar merasai lapar dahaga, maka lebih baik orang fakir dan miskin tidak perlu berpuasa. Kerana mereka telah biasa lapar dan dahaga.

Demikian saya mengibaratkan kesusahan yang hakikatnya adalah kesenangan. Kerana apa?

Kerana Allah...

Kerana Allah menjanjikan al-Hikmah kepada peratap kesusahan. Yang menerima kesusahan demi mempertahankan sebuah perkara yang luhur dan murni, semurni syariat berpuasa itu. Kerana susah itu tidak berdosa.

Memang benar, berkahwin itu susah akibatnya. Menanggung belanja yang pelbagai. Anak-anak, isteri rumah dan kos. Namun, adakah ia berdosa?

Jika dibandingkan dengan kegiatan mukaddimah zina yang sentiasa berdosa. Daripada hidup menanggung dosa, letakkanlah diri kalian dalam susah yang memberi pahala. Memerah keringat demi sebuah rezki yang halal

Demikian Allah Ta'ala memberi jaminan terhadap rezki. Namun, harus diingat bahawa Dia ingin menguji.

Hingga benar dalam kalangan kamu terdapatnya orang-orang yang bergerak menaikkan maruah dirinya, Agamanya... yang paling penting

Wallahua'lam

0 comments: