Rehat dan Rawat (R&R) Seremban ialah sahabat baik saya. Begitu juga dengan R&R Ayer keroh. Mereka berdua telah bersahabat baik dengan saya sejak sekian hampir ke lima tahun. Ingin sekali saya menikahinya, kerana keakraban dan hangat cinta kami bertiga. Namun, mereka bukan manusia. Shell dan Surau juga senyum melihat kelibat saya. Ulang alik mingguan, macam orang sasau, mencari gila.
R&R Seremban dan Ayer keroh sering memberi mesej ringkas (SMS) kepada saya. Itu adalah hasil permintaan saya, kerana saya ingin memantau masa apabila kaum muslimin pandai bersolat secara berjemaah. Tidak kira jama' atau qasarnya, yang pasti ia boleh berjemaah.
Kelmarin mereka memaklumkan kepada saya sebelum saya singgah menziarahi mereka. R&R Seremban segan dengan saya, kerana budaya solat kaum muslimin sejak 4 tahun yang lalu sehingga kini masih belum berubah. Demikian, sewaktu saya memaklumkan kepada R&R Seremban perihal lawatan saya, beliau malu untuk menerima kunjungan solat dan makan saya, hanya kerana budaya kaum muslimin yang tidak berubah-rubah.
Sewaktu pulang, saya memaklumkan kepada R&R Ayer Keroh pula, perihal lawatan saya. Dia juga segan menerima kunjungan saya. Hanya kerana budaya solat yang tidak berubah.
Semakin lama, semakin saya tertunggu tunggu. Bilakah masanya dakwah islam penduduk berwajib akan terkesan kepada budaya kehidupan orang islam? Ataupun, pendakwah kita hanya mampu berdakwah siyasah, tanpa ada budaya memberi Feqh Ibadahnya ?
Biarlah saya mengakuinya. Kekerapan dakwah politik tegar sahaja yang saya lakukan, hanya sedikit kekerapan khususi kepada masyarakat melalui dakwah dengan ilmu Fiqh Ibadah ini.
Mereka masih solat nafsi nafsi. Walau berjama' atau qasar, mengapa tiada situasi mempelajarinya. Tiada pertanyaan, tiada kesungguhan. Semuanya buat muka ketat sahaja. Melihat kiri dan kanan, nampak semua orang mengambil sudut solat masing-masing, dan kita juga angkat takbir. Solat masing-masing. Sebab kubur asing-asing agaknya.
Setiap kali saya solat disini, maka saya akan menjadi makmum, atau menjadi imam. Jika saya sendirian, maka saya arahkan R&R Ayer Keroh atau Seremban menjadi makmum saya. Duduk barisan depan, agar mudah kaum muslimin yang lain mengikutinya.
Sering kali berbual-bual mesra dengan R&R, sempat dia memberikan cadangan pada saya.
"Akhi, ana rasa nta je la yang kene buat manual solat qasar dan jama' secara berjemaah. Nta tampal je di surau, Supaya kaum muslimin dapat ilmunya. Ana rasa, kalo kita yang sedar ni tak buat, jawabnya sampai mati pun tiada kesannya," cadangan R&R Seremban kepada saya.
"Insya allah. Next kunjungan, ana akan siapkan manualnya. Nta tolong pantau ye akhi R&R ? " Saya menjawab.
R&R menjawab, "Insya allah. Tapi akhi, dulu ana dah buat dah. Tapi dicabut oleh penguatkuasa. Alasannya, poster manual solat berjemaah tersebut mengancam kestabilan negera. Lagipun, tiada kelulusan majlis plaza tol. Aduh !!! macam mana ni ?"
Saya menjawab, " Adakah mereka bangang atau bodoh? "
Wahai kaum muslimin, d Ramadhan yang mulia ini marilah kita bersatu memahami agama kita. Tolonglaaaaah.......
Sehari sebelum Ramadhan, saya melawat R&R Seremban dan Ayer Keroh. Keadaan masih sama. Wahai kita semua, tolooong laaaah ....
Wallahua'lam

1 comments:
saya suka...
Post a Comment