Adakah anda berfikir perkara seperti ini sebagai logik ?
1. Lesen kereta wajib di "renew" / di perbaharui
2. Cukai jalan kereta perlu di bayar mengikut CC kenderaan
3. Tol RM 1.00 ke bawah
Saya menyatakan bahawa ianya logik. Kerana dijajahnya sejak 50 tahun, sebagai perkara tidak logik yang perlu dilogikkan. Akhirnya menjadilah ia perkara tidak logik yang telah logik.
Mengapa tidak logik ?
1. Sebab kita membayar kepada seseorang atas khidmatnya kepada kita. Apabila khidmat dan tugasnya terhadap kita selesai, maka tidak perlu membayar mereka. Namun, doktrin "PERBAHARUI LESEN MEMANDU" melawan kaedah berfikir yang waras. Kita tetap membayar setiap tahun / 2 tahun walau khidmat "ajar memandu" nya diberi sekali seumur hidup. Namun, bukan sekolah memandu yang dapat duit "renew lesen" tu... Jadi, siapa yang dapat ???? Anda ada jawapannya. Mungkin dengan duit itulah cincin RM 24 Juta Dibeli.
2. Tidak logik kerana CC kereta tidak memberikan apa-apa perubahan kepada jalan raya. Saya tidak mampu hendak memberi apa-apa hujjah. Kerana, lumrah akal... anda pasti mampu menjawabnya
3. Tol RM 1.00 ke bawah... alahai, jika diambil duit kita yang dibayar lesen pada setiap bulan... mansuhkan je la seringgit tu. Kesian orang KL.
SAYA MENULIS KETIKA DAPAT TAHU BAHAWA SAHABAT SAYA DARI MALAYSIA YANG BELAJAR DI AMERIKA MENERIMA ELAUN MENGANGGUR SEBANYAK 580.00 USD, SEBULAN .... WOW !!!!
doktrin 50 tahun, telah menjadikannya sebagai "LOGIK"
"NEGARA BERKEBAJIKAN, KITA BERSEDIA KEARAHNYA"
Wallahua'lam

0 comments:
Post a Comment