web 2.0

Tuesday, July 5, 2011

lokap yang BERSIH 2.0

Sudah lama saya niat dan idamkan penahanan seperti ini. Langsung tidak mencabar wibawa kami sekumpulan. Apa faktornya :-

1- Ukhwah islam, tarbiyah dan usrah
2- Kami ditahan beramai-ramai

Ketika bersuka ria dengan penahanan, saya mencelah dengan bahasa kasar ala biasa. "Memang kita semua bergelak ketawa sekarang, sebab kita ramai. Apa kata, biar sorang memangsakan diri dan bertanggungwjawab atas tuduhan tersebut. Hadap sorang-sorang. Sekaligus menyelamatkan 16 yang lain dari ditahan. TERUS LOKAP SENYAP DARI GELAK TAWA.

Jadi, kekuatan sesebuah gerakan itu asas puncanya ialah "Berjemaah" konsep asas keberanian yang tidak boleh dinafikan. TIADA PENAFIAN !!!

Jadi, soalan saya yang pertama ialah ?

- Mengapa kamu rela "off " dari perjuangan sedangkan kita sentiasa berjemaah dalam gerakan ?

Kamu semua dibenarkan menjawab sekarang?

Lokap dan penjara, sedikit pun tidak setanding dengan deraan mental dan fizikal dalam TAMRIN QIYADI saya. Jika saya letakkan manhaj dan modul asakan mental serta fizikal TAMRIN QIYADI dan LOKAP, (TAMRIN QIYADI VS LOKAP).... Tamrin Qiyadi akan menang 100% berbalas 20%. Mengapa mereka memiliki 20% ? Itu ialah markah penuh kepada mereka kerana berjaya menakutkan orang yang lain.

Sehari ke sehari, berlima waktu berjemaah, tazkirah subuh 3 hari rutin, kelas pengajian hadith dan tajwid, usrah manhaj tentera, semuanya telah memberikan fikrah ilmu Kepada siapa?

1. Kami
2. Polis

Semuanya kami lakukan sepanjang berlokap. Sejunjung tahniah atas konsistensi sahabat OKT (orang kena tahan) kerana komitmen yang mereka beri demi program dalam lokap tersebut.

"sejujurnya sejak 31 tahun berkhidmat sebagai polis d lokap ini, inilah kali pertama laungan azan di laungkan dilokap" En Razif

"Itulah imej Pas"

"bukan imej Pas tuan. Itu ialah imej dan identiti orang islam. Jika perkara tersebut tidak berlaku, itu sebenarnya hakikat kejahilan yang berlaku dalam kumpulan muslim kita"

Jadi kita boleh bayangkan situasinya umat. 31 tahun, bukan tempoh yang pendek.

Sekilas untuk cerita saya yang pertama.

YANG PENTING IALAH PERJUANGAN ISLAM !!! K

Wallahua'lam




0 comments: