Kuliah subuh pertama sejak 31 tahun di IPD Jasin telah berlaku pada subuh 4 Julai 2011. Sungguh saya tidak sangka, "cadang-cadangan ayam = (ajak-ajak ayam) yang saya lakukan kepada Ustaz Hatta bin Abu Bakar untuk memberi kuliah subuh pada awal pagi itu benar-benar dilakukan oleh beliau pada subuh itu.
Maka bergemalah kuliah subuh pertama dalam sejarah 31 tahun, (mungkin lebih) di Lokap IPD jasin, pintu 2, sel A, C dan D. Kisah gambaran hari qiamat dari ust hatta benar-benar menyentuh rasa takut, sekaligus memberi impak yang baik (insya allah) kepada 4 orang pegawai polis yang mengikutinya dari luar.
YB ialah singkatan bagi Yang Berhormat. Secara hormat, lori black maria membawa 17 "penjenayah" bergari 17 orang sekaligus. Berlokasikan Mahkamah Ayer Keroh.
Dia mungkin sebaya dengan saya, atau umurnya mungkin masih dalam 20 an. Majistret itu berpakaian segak dan kemas.
Apabila penyokong yang hadir mula memberontak bising... maka majistret bersuara.
"yang belakang tu tolong diam sikit. Tolong hormat sikit prosiding mahkamah. Saya bukan tidak mahu hormat kamu sebagai orang islam, saya sendiri pun orang islam. Dan Islam menyuruh kita hormat orang lain. Jadi, saya sedang mendengar prosiding mahkamah. " Dewan mahkamah terus senyap.
INI PANDANGAN SAYA :-
1) JIKA BENAR KAMU MENGHORMATI UMAT ISLAM YANG RAMAI BERKOPIAH PUTIH INI, TIDAK PERLU LAH ENCIK MENYATAKAN SEDEMIKIAN. TIDAK PERLU ZAHIRKAN YANG ENCIK JUGA IALAH UMAT ISLAM. ITU IALAH SINIS SINDIRAN MENYINDIR KAMI SAHAJA
2) JIKA BENAR HORMAT ISLAM, MENGAPA KES JUDI YANG KAMU ADILI SEBELUM KAMI ITU KAMU BEBASKAN MEREKA HANYA KERANA DAUN TERUPNYA TIDAK MENCUKUPI ??? EH !!! BUKAN JUDI NI THABIT DENGAN NAS SEBAGAI HARAM KE ? HORMAT ISLAM KE TU ?
MAT JUDI TU TIDAK BERGARI PUN. EH !!! KAMI YANG HANYA DI SYAKI NI PUN BERGARI 17 TANGAN, APA KES NI TUAN MAJISTRET ????
Majistret ... "Mahkamah dengan ini menjatuhkan hukuman reman (hold remand) 3 hari. Sehingga rabu."
Peguam Demian dari DAP "Sehingga jam berapa tuan majistret?"
Majistret ... "er,,, err,,, emm ,,,, jam, jam, (pandang kiri, pandang kanan, pandang depan),,,jam 9 "
Sudah ada tanda-tanda perancangan keputusan awal yang tidak sempurna.
17 tahanan mengeluh .... " aduhhhhh .... "
Dengan nada berat, kami semua jalan longlai. Menuju pusat tahanan. Alhamdulillah, saya diberikan 6 saat gembira oleh Allah, setelah sahabat saya, abg Hasbullah memberikan naskah buku haraki untuk menjadi bahan kempen kpd polis dan usrah kami.
6 saat berlalu, minda dikejutkan dengan peringatan tuan inspektor semalam...
"... botol air masak pun kami tidak akan benarkan berada di lokap encik ... "
lantas buku-buku saya kembalikan kepada beliau... aduh,,,
pada jam 10.45 am ini, kami menyusup membilang hari. ... Sempat menoleh sahabat ramai, penyokong setia perjuangan.
nokhtah utk artikel ke 2, dari penjara.
Wallahua'lam

0 comments:
Post a Comment