web 2.0

Tuesday, July 12, 2011

GAMBAR LIVE !!! Akhir sebuah babak kecil Perjuangan



live : Lokap sel c, berlima.


Pagi itu, setiap saat dirasakan panjang. Baring pejam mata, bila tersedar jam menunjukkan jam 7.30pg. Pejam semula mata, rasanya macam sempat bermimpi. Apabila tersedar, jam menunjukkan 7.34 pg. Pejam mata semula, memang benar-benar tertidur. Apabila tersedar, jam menunjukkan pukul 7.37 pg. Pejam mata semula, kali ini memang benar-benar lena. Apabila terjaga, jam menunjukkan 7.40 pg

Eh !!!! ASYIK PUKUL 7 JE JAM LOKAP NI !!!! . Saya memberontak dengan nada tinggi, mengakibatkan sahabat lain turut terjaga dari rehat selepas kuliah subuh lokap ini. Barulah saya sedar, hakikat penantian itu suatu penyeksaan.

live: gambar 2. nasib baik, bau tidak boleh d rakam :)


Nabi Yusuf AS juga dipenjarakan. Ramai juga para ulama' pelopor mazhab feqh, turut dipenjarakan. Maka, lokap dan penjara ini ialah sunnah perjuangan. Perkara yang tidak boleh kita bentak sesuka hati. Atau lari daripadanya.

Sewaktu melangkah ke akhir episod lokap ini, encik-encik polis sudah menjadikan kami, sahabat-sahabat dari PAS yang dilokap sebagai sahabat dan tempat rujukan mereka bertanya. Samada mereka berlakon atau tidak, itu kami pulangkan kepada Allah.

Namun, disebabkan tarbiyah ringkas yang kami terap dalam kuliah subuh kami di lokap yang turut didengari oleh polis-polis, sedikit sebanyak menjanjikan sokongan penuh polis-polis kepada PAS secara dalaman pada ketika ini, dan akan dizahirkan selepas mereka pencen :)

Mengakhiri jalan, mengambil perkakas peribadi untuk pulang menyambung gerakan. Sempat saya memberikan "solat" kepada sahabat polis....

"Encik, solat ni asas dalam agama. Jagalah solat, walau saya tau en sibuk dengan tugasan en. Tapi, solat ini ialah hak dari Allah yang bagi kita hidup.." Assalamualaikum .....

senget

Gambar-gambar yang saya curi ambil.... larangan lokap !!!

wallahua'lam

0 comments: