web 2.0

Friday, June 17, 2011

Pandangan di Ruang Komen MALAYSIA KINI

Saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan juga kepada apa yang dilontarkan dalam Portal Berita yang sangat saya kagumi Malaysia Kini yang telah menjadi medium bebas dan adil tanpa mengira parti.

Atas dasar itulah, saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan saya dalam berita yang saya sertakan link disini (sila clik). Selepas membacanya, saya mengeluarkan pandangan saya.

Sesungguhnya apabila saya menyatakan yang ia adalah pandangan saya, maka ia adalah apa yg lahir dari idea saya sendiri juga berasaskan prinsip adil dan membela perkara yang saya rasakan perlu. Jika ada perkara yang melanggar peraturan hukum yang thabit, saya akuinya sebagai kesilapan dengan penuh sedar. Dan yang maha pengampun ialah Allah, tuhan sekalian alam.

Setelah membaca portal berita tersebut, (yg saya link kan di atas), saya berpandangan sedemikian dan telah memberikan pandangan ini di ruangan komen dalam portal berita tersebut. :-

Ada benarnya hujjah yg d kemukakan. namun itu, ia juga tidak menafikan kehujjahan berkenaan perlunya membawa empat org saksi yg adil. jadi, "adil" ialah salah satu bentuk kemestian yg wajib dalam membawa saksi. Korang lihat dalam utusan tu. Adakah patut die memperlekeh kehujjahan 4 org saksi (juga thabit dengan nas) dan d bandingkan dengan rakaman handphone (yg hnya bertujuan membela UMNO dalam kes fitnah DSAI).... Itu adil ke?

Sungguhpun ada hujjah lain tntg kehujjahan lain dalam mensahkan kes rogol, namun apa yg d buat utusan tetap menghina ISLAM.

X perlu la saudara mengeluarkan hujjah yg khilaf ini, dan memberi keuntungan kpd org yg langsung x de hujjah melainkan akal mereka sahaja.

Inilah apa yang dapat saya berikan untuk memperbanyakkan pandangan dan idea kepada orang lain terutama dalam menilai sesuatu perkara. Perlu diingatkan disini, bahawa terdapat ramai editor dalam kalangan media arus perdana terutamanya yang menyerlahkan kecenderungan mereka kepada UMNO BN sekaligus tidak memberi ruang adil secukupnya untuk orang lain bersuara.

Wallahua'lam

0 comments: