web 2.0

Friday, March 18, 2011

Ilmu Dan Amal ~ Satu Kupasan Keutamaan ~

Di tulis pada september 2006 ~Kisas~

Segala puji bagi Allah, tuhan yang maha agung, yang telah membenarkan perjuangan kekasihnya nabi Muhammad S.A.W, para sahabat, tabi’in, tabi’ tabi’in, para salafus solih, serta sesiapa sahaja yang memperjuagkan agama Allah Taala sehingga ke hari Qiamat.
Ilmu dan amal adalah dua bentuk skop yang besar,saling berkait antara satu sama lain. Mengikut pendapat Imam Ghazali Rahimahullah, ilmu ialah sesuatu yang diperolehi daripada pengalaman…

Umat islam pada hari ini perlulah mengetahui bahawa serangan akal fikiran adalah bentuk serangan yang sungguh berbahaya dalam kalangan umat islam. Serangan yang berbentuk nyata seperti serangan israel keatas negara islam merupakan serangan yang dilihat sendiri oleh mata kasar. Serangan seperti ini menuntut kepada penentangan secara habis-habisan oleh umat islam. Namun, serangan akal fikiran (ghaswatul fikr) merupakan serangan yang berbentuk halus, yang tidak dapat dinilai oleh mata kasar. Serangan seperti ini akan meracuni akal umat islam sehingga memesongkan akidah, berpecah belah, sehingga wujudlah kelompok-kelompok yang berlainan fahaman dan bertelagah sesama mereka.

Kelompok-kelompok yang berbeza fahaman ini wujud dalam kalangan umat islam sehingga ada yang menafikan beberapa hak Allah Taala seperti yang dikehendaki al-Quran. Hakikatnya, masalah ini tetap berpunca daripada musuh islam, kerana mereka meyedari umat islam sukar dipecah belahkan melalui serangan senjata, tetapi boleh dipecah belahkan melalui ideologi atau pemikiran. Firman Allah didalam surah al-Baqarah, “Dan tidak akan tunduk orang yahudi dan nasrani, melainkan sehinggalah kamu bekerjasama dengan mereka…”

Ulama’ islam telah menggariskan, bahawa ilmu merupakan penyelesaian terhadap masalah serangan pemikiran ini. Ilmu merupakan pendinding utama yang mendahului kepentingan amal. Dalam menjelaskan keutamaan ini, hendaklah umat islam mengetahui bahawa dalam darjat keutamaan, ilmu merupakan guru dan amal adalah pengikut yang menzahirkan sesuatu ilmu pengetahuan. Ilmu adalah perkara yang mendahului amal dalam tingkatan keutamaan.
Dalam membuktikan kebenaran ini, Allah Taala berfirman didalam surah al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud, ‘’Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan menenainya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan serta hati,semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang telah dilakukannya.”

Melalui hadis nabi S.A.W, pernah sahabat meminta izin untuk menghukum seseorang, namun nabi Muhammmad S.A.W, menasihatinya dan memberitahu bahawa akan wujud kelompok dikemudian hari dengan sifat-sifat, “Solat, puasa dan amalan mereka jauh lebih banyak daripada amalan kamu, namun mereka membaca al-Quran hanya sampai di tenggorokan sahaja (tidak mengerti dan memahaminya); mereka lepas daripada (ikatan) agama seperti seutas panah yang terlepas daripada busurnya.” Khalifah Umar Abd Aziz telah berkata: “sesiapa yang berbuat sesuatu tanpa memiliki persiapan ilmu, maka ia lebih banyak menyebabkan kerosakan daripada menimbulkan kebaikan”

Melalui nas hadis (rujuk hadis) diatas, nabi s.a.w telah memberitahu bahawa akan wujud umat yang banyak beramal, namun hakikatnya ia tidak mengerti apa yang diamalkan. Al-Quran dibaca, namun ia kosong kerana tidak faham dan tidak cuba merujuk tafsir mengenai maksudnya, rahsianya dan ilmu yang cuba disampaikan melalui petunjuk Allah. Sedangkan musuh islam tidak akan mentakuti umat islam yang membaca al-Quran kerana mereka tidak memahami apa yang diamalkannya itu.

Melalui ilmulah, umat islam akan mengetahui bahawa, musuh utama yang wajib ditentang ialah musuh islam yang telah banyak memusnahkan jiwa umat islam, bukan bertelagah sesama saudara hanya semata-mata pemahaman yang berbeza sedangkan mereka (musuh islam) adalah yang lebih utama untuk diperangi. Mereka sedang berpesta menghapuskan sebanyak mungkin umat islam yang lain.

Ilmu mampu menilai sesuatu perkara sama ada ianya daripada skop akidah islam ataupun ideologi kafir semata-mata. Contohnya dalam persoalan perkara bid’ah, segelintir masyarakat kini telah mengikut tradisi orang yahudi semasa menyambut hari lahir, perkahwinan atau hari keramaian lain. Mereka menyambut dengan hiburan yang melampau termasuklah upacara meniup lilin dan bersanding. Hakikatnya upacara itu jelas tidak datang dari sumber pegangan islam. Ia datang daripada yahudi yang menganggap kuasa islam akan hancur seperti lilin yang padam apabila ditiup. Mengenai persandingan dikhalayak, ianya jelas bertentangan dengan ajaran islam. Firman Allah, dalam surah al-Maidah ayat 104, yang bermaksud, “Dan apabila dikatakan kepada mereka, marilah menurut apa yang diturunkan oleh Allah (al-Quran) dan kepada rasulnya (yang menyampaikannya), mereka menjawab, ‘cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya’. Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat petunjuk”. Maka, amalan yang menyerupai bersanding dikhalayak merupakan ajaran adat yang telah melanggar syariat.

Seterusnya, marilah kita lihat dan cuba menghayati beberapa kesan daripada pengamalan tanpa berlandaskan ilmu dan akidah yang mantap:-

1. Hal keadaan sesetengah para murasawwif.

Umat islam hendaklah memahami hakikat yang dimiliki oleh ulama’-ulama’ tasawuf. Mereka ialah ulama’ yang mampu memandu manusia melaksanakan ketaatan dan dalam melaksanakan ketaatan itu mengikhlaskan kepada Allah.

Tafsiran yang menyeluruh terhadap makna tasawuf telah diterang dengan jelas pada muqaddimah kitab risalah al-tanbih ‘ani al-dolal liman arodazaljalal, oleh al-Ustadz Zulkifli bin Ismail hafizhohullah taala, bahawa tasawuf itu adalah amal. Ia bukanlah ilmu yang tercapai dengan menyelesaikan bacaan bagi sebuah buku keci, atau kebolehan menerangkan pengalaman ahli tasawuf. Semua itu tidak menjadikan anda bertasawuf atau berlmu dengannya. Yang menjadikan anda bertasawuf dan berilmu dengannya ialah anda beramal dengan semua ajaran al-Quran dan sunnah dengan penuh kejujuran dan ketaatan tanpa ada meringankan sesuatupun daripada ajarannya yang wajib dipatuhi sama ada ia didapati bersesuaian dengan nafsu anda ataupun tidak. Dengan makna yang demikian al-Imam al-Sya’rawi Rahimahullah telah menegaskan: ‘tasawuf yang sebenar ialah melaksanakan peraturan Allah di dalam tingkah laku, bukannya aliran-aliran dan perkumpulan-perkumpulan.’

Namun, tasawuf bukan merupakan bidang yang mudah. Kenyataan ini telah diterang dengan jelas oleh al-Ustadz Zulkifli didalam muqaddimah kitab risalah al-tanbih ‘ani al-dholal liman arodazaljalal, bahawa tasawuf merupakan bidang yang benar-benar sukar, iaitu mereka yang telah bergelumang melawan nafsu setelah mendalami ilmu yang mendalam, lalu bergelumamg melawan nafsunya untuk mentaati perintah Allah. Mentaati perintah Allah taala ini ialah, mereka yang dicampakkan ilmu didalam dada mereka mengenai perkara-perkara yang diungkap didalam al-Quran dan sunnah nabi S.A.W yang menjadi panduan untuk membersihkan jiwa dalam pelbagai keadaan sekalipun.

Inilah tafsiran yang sebenar terhadap tasawuf, yang dinilai melalui ilmu berpaksikan landasan al-Quran dan al-Sunnah.

1 comments:

ANNAS said...

Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.