Membaca dan Berfikir

SETIAP PERKARA ADA HAKNYA. SOSIAL, DAKWAH, SUKAN, HIBURAN, AKADEMIK, ILMU, SIYASAH DAN REHAT. DALAM SEMUA PERKARA DIATAS, KEBANYAKAN KITA MENGELUARKAN METARIAL YANG BESAR UNTUK MEMENUHI HAK TERSEBUT, KECUALI SATU PERKARA IAITU ILMU. ILMU BUKANLAH AKADEMIK, KERANA KEBANYAKAN KITA GAGAL MEMAHAMINYA LEBIH DARI SEKADAR PEPERIKSAAN. JADI, ILMU ADALAH ILMU. SAYA INGIN BERTANYA, DIMANAKAH KEADILAN KITA UNTUK MEMENUHI HAK ILMU?

RASULULLAH BERSABDA "BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH AKAN KEBAIKAN, NESCAYA DIBERIKANNYA KEFAHAMAN DALAM AGAMA"

Thursday, November 5, 2009

Forum Periuk Nasi

Menonton Forum Perdana Ehwal Islam Hadhari pasti menyeronokkan. Lebih-lebih lagi setelah sudah lama tidak menontonnya. Semalam saya menontonnya kembali. Isunya adalah "dadah dan pencegahannya kepada anak muda."

Alhamdulillah, forum berjalan dengan baik. Panelis juga hebat-hebat juga orangnya. Tetapi, ada juga tetapinya...

1- Forum tajuk ini seingat saya sudah banyak kali saya tonton dan diperbahaskan mengenai jalan penyelesaian kepada pemuda.

2- Semua idea dan jalan penyelesaiannya adalah idea lama yang telah berulang kali disebut dalam setiap forum seumpamanya. Bagi orang tertentu pasti boring mendengarnya. Antaranya:-

- PEMADAM mesti bergabung dengan NGO lain
- Kerajaan mesti bagi peruntukan
- Masyarakat dan ibu bapa mesti menerima kembali bekas penagih dadah
- Rakyat mesti menasihati dengan konsep amar ma'ruf nahi mungkar

Selepas ini pastinya akan ada lagi NGO lain menganjurkan forum yang sama. Kemudian panelis akan bercakap perkara yang sama.

Kemudian NGO dan PEMADAM akan turun ke Sekolah sekolah dan semua institusi anak muda untuk buat pameran anti dadah dan bahaya dadah, dan mereka akan kata perkara yang hampir sama.

Kerajaan juga akan memberikan peruntukan kepada pusat pemulihan dan membuka lagi pusat pemulihan. Yang pasti ia adalah perkara yang sama.

Saya mengucapkan syabas kepada semua yang diatas yang berniat ikhlas bagi membantu pencegahan dadah. Semoga kamu semua dirahmati Allah.

Mengkritik ada adabnya. Biarlah kita sama-sama memberi idea

Maka saya ingin menyatakan, janganlah kita bermimpi melahir ummah berkualiti sekiranya hukum Allah diletakkan dibawah tapak kaki sahaja. Jarang sekali saya mendengar langkah pencegahan yang dicadangkan oleh penalis ialah "laksana segera hukum Allah yang merangkumi Hudud dan Qisas." Menjaga survival dakwah jangka panjang adalah alasan yang relevan. Namun perlu seimbang.

Jangan sampai kamu menjadi penceramah-penceramah periuk nasi yang tiada check and ballance nya. Sehingga kamu berlindung disebalik langkah pencegahan yang berbentuk sains sosial sahaja. Apa itu langkah pencegahan sains sosial?

Ini perumpamaanya :-

"di sebuah tempat yang gelap, wujudnya banyak kes zina dan juga merompak dan yang seumpama dengannya. Maka apakah langkah penyelesaian yang terbaik untuk mencegah jenayah di tempat yang gelap tadi daripada berlakunya kes jenayah? Maka, kaedah sains sosial akan menjawab - pasangkan lampu di situ. biar tempat itu terang. Barulah jenayah zina dan merompak itu boleh dicegah !!!!-

Muslim jangan tertipu.... kerana jawapan yang sebenar adalah dengan melaksanakan hukum Allah. Kesannya bukan sahaja kawasan gelap tadi, bahkan serata dunia akan makmur dengan pelaksanaannya.

Jadi saya mencadang wajibkan agar kita melaksanakan hukum Allah di Malaysia bagi mencegah Penagihan Dadah. Pelaksanaan hukum itu boleh dimeterai perlahan-lahan, langkah demi langkah. Tidak perlu tergesa-gesa endos kesemuanya.

Penceramah-penceramah juga perlu memberi cadangan seperti ini

Jadi, jangan bermimpi menangani kes dadah sekiranya tiada pelaksanaan syariat ini.

Korang penceramah-penceramah adalah penceramah periuk nasi. Ada segelintirnya menjadi mr. periuk nasi. Yang hanya tahu menyuap nasi kemulut sendiri dan keluarga kamu. Manakala orang yang termakan dakyah kamu akan berterusan menyuap najis dan bangkai binatang kemulut mereka dan keluarga mereka.

Dari saya untuk menegur diri sendiri

Wallahua'lam.

3 comments:

travelogsangmusafircinta said...

secara pribadinya , ana setuju dgn apa yg ustz utarakan... kebenaran selalu diselindungkan demi mjaga periuk nasi masing2.. takut.. tu yg sbnarnya.. sedangkan pd hakikatnya Allah lah yg mberi nkmat kpd kita.. ana sendiri kdg2 bosan dgar forum @ ceramah @ pbincangan sebegini, bkn apa, isi nye sntiasa brulang, sdngkan tindakan, tiada yg brubah.. jd sama2 lah kita, BERSATU BERUBAH..(selingan) ^_^

Ibn_kadir said...

ana sokong cadangan nta, mmg benar, penyelesai kepada kebanyakkan masalah sosial adalah dengan melaksanakan Hukum Allah secara keseluruhannya, namun, ana memandang, perlunya kepada satu konsep pencegahan yang lebih berkesan. Bukan hanya setakat mengadakan pameran2 anti dadah, perlunya juga kita memperkasakan gerakan pembasmian dadah di tempat2 yg panas dengan dadah. Bagi ana, Klulah kerajaan dapat mewujudkan "SB" bagi menyiasat gerakan-gerakan Islam, kenapa tidak kerajaan mewujudkan "SB" untuk penyiasatan kes2 dadah secara mendalam lalu terus memadamkan terus racun2 dadah itu sendiri

sekadar pandangan

be a better muslim said...

emmm..


kita harus membantu,bukan membatu.

"student always right..!".
Teruskan menulis dari kaca mata tuan.