Membaca dan Berfikir

SETIAP PERKARA ADA HAKNYA. SOSIAL, DAKWAH, SUKAN, HIBURAN, AKADEMIK, ILMU, SIYASAH DAN REHAT. DALAM SEMUA PERKARA DIATAS, KEBANYAKAN KITA MENGELUARKAN METARIAL YANG BESAR UNTUK MEMENUHI HAK TERSEBUT, KECUALI SATU PERKARA IAITU ILMU. ILMU BUKANLAH AKADEMIK, KERANA KEBANYAKAN KITA GAGAL MEMAHAMINYA LEBIH DARI SEKADAR PEPERIKSAAN. JADI, ILMU ADALAH ILMU. SAYA INGIN BERTANYA, DIMANAKAH KEADILAN KITA UNTUK MEMENUHI HAK ILMU?

RASULULLAH BERSABDA "BARANGSIAPA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH AKAN KEBAIKAN, NESCAYA DIBERIKANNYA KEFAHAMAN DALAM AGAMA"

Friday, February 5, 2010

Asam Pedas Gulai Melaka


Sudah sekian lama orang Melaka melupakan cencalok mereka. Kini ia dianggap "busuk" yang mengurangkan selera makan manusia. Namun, masih juga terdapat orang melaka yang menjadi penyokong tegar kepada "cencalok" ini.

Namun, pastinya cencalok tidak setanding "budu" orang Kelantan. Sangat berbeza. Saya mendengar orang berbicara mengenai rahsia bijaksananya orang Kelantan adalah kerana "budu" mereka, maka saya ingin mengkritik penggemar "cencalok" sebagai perosak akhlak dan kecerdikan orang Melaka. :)

Namun, makanan tidak bersalah. Tidak sama sekali. Budu dan Cencalok. Ia tidak bersalah.

Melangkah kenegeri bersejarah ini pastinya menggamit persoalan. Masuk sahaja ke Tol Ayer Keroh, kamu akan melihatnya. Lihat apa? Kiri kanan kamu indah... Taman Rama-rama akan kamu lihat, kemudiannya panorama Zoo terbesar di Malaysia yang menjadi satu-satunya Zoo di negara kita yang dibuka pada waktu malam. Kamu bakal melihat Taman Rekreasi hebat. Tempat berpusatnya konsert Jom Heboh setahun sekali bilangannya. Itulah Dataran Pahlawan, tempat anak muda menghisap cecair busuk cinta mereka. Menggamit suasana melihat Taman Cahaya...ia adalah pusat serangga Kelip-kelip mempamer keindahan pada waktu malam. Di depan lagi ada perkampungan artis, pusat pengumpulan mereka yang utama ketika berkampung shoting filem atau berghibur di Melaka.

Didepan lagi ada pusat pentadbiran baru negeri Melaka. Nampak gah dan maju. Jika Malaysia ada Putrajaya, Melaka tidak mahu kalah dengannya. Melaka ada MITC (Melaka International Trade Center), ada bangunan pencakar langit dan banyak kecanggihan disana. Cukup menggamit persona mereka yang masuk melalui pintu tol Ayer Keroh. Pasti terkesima.

Melaka ada gedung membeli tidak blah-blah. Nak cari apa. Melaka ada semua Giant. Giant MyDin, Giant Tesco, Giant Jaya Jusco, Giant Mahkota Prade, Giant Ocean, Giant Giant, Giant Parkson, Gaint Madom King dan semua Giant yang korang nak. Cukup membuatkan destinasi Melaka sebagai pilihan utama orang bergelar pelancong domestik dan luar negara.

Sampai di Kawasan merah, kamu akan melihat semuanya merah. Adanya bahtera samudera, replika kapal perang Portugis yang membawa tentera alfonso d albuqarque, pahlawan Portugal yang mencari kerajaan Islam selepas tumbangnya Kerajaan Islam Granada, Cordova. Maka, Kerajaan Islam Melaka lah sasarannya...

Kita bakal melihat kota A'Famosa, barang paling berharga milik orang Melaka. Tanpanya orang melaka bakal hilang identitinya. Kota ini, merupakan asas kejayaan penjajah mempertahankan Melaka 346 tahun lamanya. Sebelum ianya menjadi usang.

Jauh di sudut pandangan hati....jauh disudut pandangan mata....jauh disudut pandangan Orang Melaka, mereka ingin melihat gunung dibelakang A'famosa kembali meimperlihatkan kehebatannya. Gunung ini telah menjadi nadi kekuatan Orang Melaka dari serangan Kampar, Siak, Rokan dan Portugis pada awal kedatangannya.

Jauh disudut pandangan orang Melaka, mereka inginkan laut didepan A'Famosa mengganas gah seperti dahulu. Laut itu sudah ditambak sedikit, bagi memberi laluan kemaksiatan di Mahkota Parade dan Dataran Menara Taming Sari. Dahulunya laut itu memang benar-benar dihadapan A'Famosa, mendaratkan bahtera pahlawan orang Melaka yang menuntut kembali negeri tercinta dari Portugis hendaknya.

Gunung dan laut didepan ini masih direnung bisu oleh orang Melaka. Menunggu sinar malap yang kian x bersinar kerana malapnya. Orang Melaka akan berkata

"laut, bila lagi engkau mahu kemari. Menghancurkan Mahkota Parade yang menambakmu daripada kembali ke kota. Gunung, bila lagi ketinggiannmu boleh menempatkan pahlawan mujahid seperti dahulu"

Orang Melaka tidak tahu ''cencalok" dicipta oleh Portugis untuk meransang kebodohan mereka. Tapi, saya tahu mengenainya.

Kini, cencalok kian dilupa... mengangkat kembali peranan Asam Pedas Gulai Melaka ketempatnya. Pedas lambang dan simbol kekuatan orang Melaka. Orang negeri mana yang sanggup menahannya.

Menikmati Asam Pedas Gulai Melaka pasti menyeronokkan. Menghayati tenggelamnya "cencalok" milik portugis penjajahnya

Nun disana sayup kedengaran azan berkumandang di Masjid Hijau al-A'zim milik orang Melaka. Menaiki tingkat 2, meninjau kemajuan pembangunan hebat milik Melaka...Nun disana dapat juga meninjau laut selat milik orang Melaka.

Sinar Baru akan bermula...

"Asam Pedas Gulai Melaka"

Wallahua'lam

Monday, January 25, 2010

KENYATAAN RINGKAS YANG PENTING

SAYA MERUJUK ATAS KES YANG BERLAKU KEPADA SAYA BARU-BARU INI. SAYA AZIZAN ANWAR 861120-30-5445 MENGAKUI KESILAPAN SAYA MENERIMA MAKLUMAT DARI AHLI KELUARGA SAYA MENGENAI KEMATIAN IBU SAYA.

BAHAWASANYA SAYA MENGAKUI IBU SAYA MASIH LAGI SIHAT SEHINGGA KE HARI INI. HIDUP DALAM LIMPAH DAN RAHMAT TUHAN SEPERTI BIASA DI RUMAH KAMPUNG HALAMAN SEPERTI BIASA.

SAYA MOHON MAAF KEPADA SEMUA SAHABAT-SAHABAT SAYA, ATAS KESALAHAN SAYA MENERIMA MAKLUMAT. MEMANDANGKAN SAYA MASIH MENERIMA UCAP TAKZIAH.

SAYA JUGA MEMOHON MAAF ATAS KELEMBAPAN SAYA BERTINDAK MEMAKLUMKAN HAL SEBENAR INI


MUDAH-MUDAHAN ALLAH BERKATI KITA SEMUA.

WALLAHUA'LAM

Saturday, January 16, 2010

Saya Menarik Kembali Pendapat Saya Yang Lama

Kepimpinan ISIUKM telah berganti. Pasti segalanya akan berubah. Dari baik kepada yang lebih baik. Apapun saya mengucap takziah dan tahniah kepada semua Pimpinan ISIUKM yang baru. Moga terus "Unggul Memimpin Gerakan."

Mengenai apa yang telah saya bersama sahabat lain lakukan dalam lajnah tarbiyah, ianya adalah ijtihad kami. Apabila saya menyatakan ijtihad, maka semestinya para sahabat pimpinan baru berhak menolaknya dan melakukan ijtihad baru. Saya sama sekali berlapang dada dengan segala bentuk pembaharuan yang semua sahabat semua lakukan.

Saya secara peribadi "tidak kisah" seandainya sahabat sekalian mengambil langkah berani untuk berdiri diatas kaki sendiri. Tidak merujuk kepada saya adalah satu bentuk perkara yang pada hemat saya "positif", kerana ia melambangkan kematangan kamu dalam berfikir kondusi kamu sendiri. Sangat saya kagumi.

Namun, izinkan saya menarik kembali beberapa ijtihad dan pendapat peribadi saya yang lama. Ia berlaku sewaktu saya ditaklifkan memegang jawatan itu. Ia adalah mengenai method pelaksanaan manhaj usrah. Saya banyak kali menyebut dalam seisi bersama nuqaba' ayat ini

"inilah perkara yang terkandung dalam marhalah ta'rif. Andainya ingin diambil kira satu persatu perinciannya, maka pasti ramai nuqaba' yang bermasalah memahaminya. Jadi, kamu semua bebas menceritakan apa sahaja mengenai agama kepada adik-adik usrah kamu, asalkan diakhirnya kamu mengaitkannya dengan Islam sebagai alternatif terbaik"

Pandangan saya untuk membiarkan semua sahabat agar tidak terlalu mengikut satu persatu perincian manhaj, mungkin ada benarnya memandangkan kondusi kita. Namun setelah mengambil kira beberapa faktor dan pandangan para pensyarah saya, serta hakikat ilmu ini, maka saya menariknya kembali.

Saya menyeru gerakan kita agar memahami segala bentuk thaqofah ilmu dan perinciannya. Kadang kala menyesal mengabaikan pemahaman tauhid uluhiyah dan rububiyah kepada semua, kerana bertanggapan ianya memeningkan, namun saya akui ianya mungkin satu kesilapan besar yang telah saya lakukan.

Saya menarik kembali pendapat saya dan saya menyeru agar setiap perincian mahaj usrah kita difahamkan dengan teliti kepada semua nuqaba' terutamanya. Fahamilah dan hayatilah setiap perincian ilmunya. Fahamilah bahawa gerakan islam kita ini ialah gerakan keilmuan dan menuntut kita agar faham.

Faham apa? Saya menyatakan bahawa kepentingan kita memahami feqah dan akidah, serta perinciannya kepada semua. Jangan diabaikan dan jangan dihadkan. Itulah thaqofah ilmu. Asas kepada kefahaman sebenar gerakan islam. Bayangkan kita kekal seperti ini keadaan ilmunya, sebelum dan selepas menganggotainya. Maka apabila pulang ke kampung halaman, apakah yang ingin didengari oleh masyarakat halaman kita. Feqah Gerakan? Ataupun Feqah dan permasalahannya bermula daripada ibadah, muamalah, jenayah dan munakahat? Maka pastinya masyarakat tidak inginkan feqah gerakan. Mereka bukan menolak, tetapi yang terlebih pentingnya adalah feqah yang satu lagi tadi? Itulah kefahaman penting dalam mengasaskan gerakan kita.

Apa yang saya tulis ini ialah mengambil kira faktor ilmu dalam usrah. Ilmu yang bermanafaat. Ia menuntut ahli nuqaba' agar faham banyak perkara. Tabiat menyerahkannya kepada "ustaz ustazah" perlu dibuang. Menerangkan perincian feqah dan tauhid sangat penting. Lebih meng"identiti"kan gerakan islam.

Pada pandangan saya, pembeza yang terbesar antara gerakan mahasiswa islam dengan persatuan biasa adalah ilmunya. Mengenai pengurusan gerak kerja, masing-masing boleh memperbaikinya secara terbuka. Namun, nilai intelektual itulah yang sukar dimiliki oleh semua. Walaupun semua persatuan boleh membincangkannya secara terbuka, mungkin ia masih tertumpu pada pengkhususan masyarakat awam sahaja, bukan pengkhususan tersirat disebaliknya yang perlu difahami ahli gerakan mahasiswa islam.

Kini, mahasiswa mahasiswi kita hilang nilai intelektual. Mereka bukan sahaja tiada jawapan dan pandangan terhadap masalah semasa, bahkan mereka cuba lari dari menjawabnya. Inilah yang perlu kita semua tampung. Medan memahaminya adalah sangat luas. Usrah kita, Ummah Talk dan Speaker Corner...

Begini, maksud saya ialah pengisian usrah ta'rif kita. Ia adalah mengenai Sirah, hadith, bacaan al-Quran bertajwid, Bacaan tafsir, hukum-hakam feqah, konsep tauhid, akidah dan tuntutan, konsep ideologi, konsep akhlak dll dalam manhaj usrah kita semuanya mesti dihadamkan oleh nuqaba'. Saya akui kesilapan melonggarkannya kepada nuqaba' terutamanya yang bukan dari bidang Pengajian Islam.

Buku-buku pengantar akidah, petunjuk sepanjang jalan, maza yakni, fiqh awlawiyat, al-Ibadah fi al-Islam hendaklah dibaca oleh nuqaba'. Kesilapan saya adalah membiarkan nuqaba' mengeluarkan idea sendiri untuk dihurai sikit-sikit dan mengajak adik-adik usrah kita kepada islam sahaja. Ini adalah "Mutasahil" (longgar). Sekurang-kurangnya, kita mesti menuju kearah "mutawasit" (sederhana)

Kebelakangan ini saya gagal menghabiskan hujjah dengan baik. Namun, cukuplah dengan lembaran hadith nabi SAW

"barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akan Kebaikan, Nescaya diBerikannya Kefahaman Dalam Agama"

Wallahua'lam

Tuesday, January 12, 2010

Unsur Iluminati dan Masonic Yahudi dalam AJL




Anugerah Juara Lagu baru-baru ini dipenuhi dengan unsur Masonic? Persoalan itu kami tinggalkan kepada anda untuk menjawabnya selepas membaca dan meneliti gambar-gambar di artikel ini. Mungkin ramai antara kita tidak tahu dan perasan unsur-unsur ini diselitkan sekali pada acara itu. Subliminal Message, ya ini menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak lari daripada pengaruh Dajal ini.

Rasullulah pernah bersabda dari Ali dan Abu Hurairah r.a.:

"Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat musik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi



Mungkin ramai lelaki yang tidak perasan, yang mereka sendiri pernah memakai sutera. Ya, perkara ini pernah terjadi kepada penulis tanpa disedari. Bagaimana? Tali leher ataupun lebih dikenali sebagai tie yang didakwa oleh bishop pada artikel sebelum ini adalah tanda mereka yang berkhidmat untuk Benedictine Order. Banyak tali leher yang ada di pasaran sebenarnya diperbuat dari sutera dan tidak kurang baju kemeja para korporat. Dan kita memakainya sekaligus membenarkan sabda Rasullulah tentang tanda-tanda kiamat.


Kembali kepada tajuk asal kita. Unsur Masonic di AJL. Sebelum ini telah kami jelaskan tentang peranan artis dalam melaksanakan pelan-pelan Dajal di seluruh dunia. Berikut saya ambil kembali petikan artikel sebelum ini untuk memudahkan anda memahami perkara ini dengan lebih lanjut.

Bagaimana The Elite menggunakan industri hiburan untuk menjayakan pelan agung mereka? Mari kita berkenalan serba sedikit dengan pelan-pelan The Elite berkenaan industri hiburan ini.

1. Kebanyakan rancangan mereka yang melibatkan politik dan ekonomi bergerak di sebalik tabir, contohnya melalui Perjumpaan Rahsia Bilderbergh. Tetapi mereka mempunyai alat yang tidak kurang hebatnya, iaitu Hollywood dan Industri Musik dan melalui inilah mereka dapat menyampaikan mesej-mesej rahsia (subliminal message) mereka kepada penduduk dunia dengan mudah menggunakan 'puppet' mereka ini.

2. Mewujudkan 'The Trend-Makers' seperti The Beatles, Stones, Hendrix, Jim Morrison, Sex Pistols, Eminem, Curt Cubain, Black Sabbath, Led Zeppelin dan sebagainya. Dan inilah yang menjadi punca kerosakan akhlak remaja dulu dan kini dengan pelbagai budaya kurang sihat yang diambil dari idol mereka ini. Punk, skinhead, hip hop dan sebagainya adalah dari idol mereka ini.



3. Ada juga artis yang betul-betul mempunyai bakat dan menjadi 'puppet' secara tidak mereka sedari kerana mereka telah mengikut landasan sedia ada yang telah ditinggalkan oleh The Elite sebelum ini.

4. Artis yang tidak mempunyai kaitan dengan mereka dan mempunyai idea yang tidak sehaluan atau berlawanan tidak akan dapat menyampaikan idea yang ingin diketengahkan itu kerana mereka lah yang mengawal industri ini.

5. Ada artis yang hebat seperti John Lennon, Jim Morrison, Kurt Cobain, Jimi Hendrix dan Micheal Jackson yang telah melalui pelbagai program 'Mind Control' seperti MK Ultra, Monarch dan sebagainya bertindak menentang kembali mereka. Dan kesudahannya, saya pasti anda tahu apa yang terjadi kepada mereka ini.


Kemungkinan artis di Malaysia termasuk di dalam kategori ke 3 iaitu mereka tidak sedar mereka berkhidmat untuk Si Mata Buta ini. Berikut adalah screenshot yang kami ambil dari AJL baru-baru ini. Unfinished Pyramid, All Seeing Eye dan Checkered Floor jelas kelihatan bagi mereka yang peka dengan perkara sebegini.

Checkered Floor!








Artis Illuminati, Rihanna yang menggunakan Checkered Floor dalam persembahannya.



Mungkin bagi pembaca baru tidak mengetahui apa itu sebenarnya Checkered Floor atau lantai petak putih ini. Di sini saya terangkan serba sedikit apa itu lantai petak putih ini. Lantai ini digunakan oleh Mason-mason (Ahli Freemason) di dalam ritual-ritual mereka. Ini sebagai pertemuan antara 2 alam, iaitu alam nyata dan alam ghaib. Mereka berhubung dengan syaitan-syaitan melalui lantai ini menggunakan sihir terlarang, Kabbalah. Kabbalah dan Freemason tidak dapat dipisahkan. Warna putih mewakili alam kita dan warna hitam mewakili alam ghaib.

Di Ibu Pejabat CIA



Di Lodge Freemason


Dewa Hindu sebenarnya ialah Syaitan yang menyesatkan manusia, perhatikan lantai hitam putih.



Sebelum ini kami telah mendedahkan tentang perihal kumpulan Dewa 19 yang banyak keraguan tentang siapakah mereka, bagi yang belum membacanya anda boleh Klik Sini! Di rumah vokalisnya, juga mempunyai lantai petak hitam putih ini. Sila tonton video klip dari The Lucky Laki, Superman dan perhatikan di akhir-akhir video ada 'scene' Ahmad Dhani dan anaknya di rumah.






Joachim And Boaz dan Unfinished Pyramid!





Contoh paling mudah untuk Unfinished Pyramid, USD 1.


2 tiang Temple Of Solomon, Joachim and Boaz. Untuk artikel tentang Joachim and Boaz di sejadah, Klik Sini!



Rihanna dan Unfinished Pyramid


Mungkin ada pembaca baru yang tertanya-tanya apakah itu piramid yang belum siap atau lebih dikenali dengan Unfinished Pyramid ini. Unfinished Pyramid ini tidak siap kerana rancangan arkiteknya belum lagi siap sepenuhnya. Apakah rancangan arkitek tersebut? Rancangannya ialah untuk membuat manusia terus leka di atas dunia tanpa mengingati penciptanya. Dan apabila piramid itu siap, dengan segala pelan-pelan menjauhkan manusia dari penciptanya barulah arkitek piramid itu akan keluar. Siapakah arkiteknya? Jawapannya ada di atas unfinished pyramid itu sendiri. One Eye!


All Seeing Eye di AJL







Rasanya tidak perlu diterangkan maksud lambang ini kerana saya percaya pembaca sudah tahu apakah makna di sebalik lambang all seeing eye ini. Lambang ini sebenarnya ada di mana-mana cuma kita sahaja yang tidak perasan atau buat-buat tidak perasan. Sila baca artikel sebelum ini tentang All Seeing Eye ini.



The All Seeing Eye Around Us


Adakah semua ini kebetulan yang besar? Checkered Floor, All Seeing Eye, Unfinished Pyramid, Joachim and Boaz. Kami tinggalkan persoalan besar ini kepada anda untuk menilainya.

We Just Only Show You The Door But You The One That Will Choose It.


Pintu A: Teruskan dengan dunia anda sekarang dan terus berada di dunia yang cantik tetapi penuh dengan kepalsuan

Pintu B: Mulai sedar dari tidur yang lena dan berada di dunia yang nyata

Fikirkan semula

artikel Asal di :-

http://holywar-efairy.blogspot.com/2010/01/secret-sign-unsur-masonic-di-ajl.html


Wallahua'lam

Saturday, January 9, 2010

Belajar Dari Kegelapan Eropah

Saat islam mencapai ketamadunan yang tinggi ketika pemerintahan Harun al-Rashid, mereka mula mengkaji bintang dan alam. Ilmu hadith tentang akhlak diperluaskan. Pakar-pakar dan tokoh ilmuan islam mula menyelongkar ilmu kira-kira, laut dan hutan. Ilmu Falaq telah merintis pelbagai rahsia alam semesta. Astronomi telah bermula, ada langkah awal yang mengakibatkan terciptanya teleskop masa kini. Bentuk perubahan bulan dikaji. Al-Quran diperluas tafsirnya keserata dunia. Buku-buku falsafah yunani mula diterjemah ke dalam bahasa arab. Ilmunya diluaskan.

Pada ketika ini, orang Eropah baru sahaja belajar untuk menulis nama mereka sendiri. Menggunakan pena kayu, yang dicelup air. Mereka menulis nama mereka pada tangan sendiri. Namun tiada bahasanya. Adakah anda tidak terbayang betapa jahilnya mereka (orang eropah) ketika zaman gelap mereka.

Pada ketika ini, Paderi Augustin kembali dari Ibu Negara Khilafah Islam pimpinan Harun Al-Rashid. Beliau membawa beberapa ilmu untuk dipelajari masyarakat. Namun, ilmu yang beliau perolehi di timur itu, disanggah dan ditolak oleh seorang tukang sihir. Masyarakat Eropah pada ketika itu turut mempercayai ahli sihir berbanding beliau.

Tidakkah anda terbayang bahawa jahilnya masyrakat eropah ketika itu. Gerakan kesedaran hanya berlaku pada abad ke 12, iaitu setelah 2 abad golongan paderi gagal membawa pembaharuan ke Eropah.

Jelas sekali, pada abad ke 12 tersebut bahawa gerakan kesedaran yang berlaku dalam kalangan penduduk di Eropah adalah bukan paksaan. Namun, mereka didorong oleh perasaan ingin tahu. Maka, berduyun-duyunlah masyarakat zaman gelap itu berjalan untuk menuntut di Timur, belajar merangkak-rangkak, bermula dari ilmu sastera ke ilmu-ilmu berikutnya. Terkebil-kebil mengakui kejahilan mereka.

Selepas peristiwa ini, barulah gerakan kesedaran itu lebih sistematik kerana ia bukan datang secara paksaan. Ia datang kerana naluri ingin tahu yang sangat kuat.

Mengapa gerakan pembaharuan pada abad ke 9 yang dilakukan oleh golongan agama, yang terdiri daripada paderi-paderi mereka boleh dipatahkan dengan mudah. Mereka telah ditewaskan hanya kepada tukang sihir. Mengapa keadaan ini berlaku?

Ada sebab yang besar. Dasar pengkajian ilmu luas yang islam miliki telah diambil secara sempit oleh paderi-paderi pada abad ke 9. Mereka hanya menerapkan ilmu-ilmu dari satu skop sahaja. Ilmu-ilmu yang meluas seperti kaji bintang, lautan, tumbuhan dan perniagaan tidak langsung diterapkan kepada masyarakat eropah. Ilmu yang dibawa oleh paderi hanya dengan bertujuan mendekatkan masyarakat eropah kepada gereja mereka sahaja.

Konsep penolakan ilmu dunia, yang boleh menambah bijaksana dan taqwa ini ditolak 100% oleh paderi eropah. Itulah yang dilakukan oleh golongan ortodoks ini. Strategi mereka gagal. Eropah terus buntu pada abad ke 9 tersebut.

Apakah mesej besar yang ada dalam kajian sejarah zaman gelap ini?

Ia ada kaitannya dengan kelembapan dakwah, dan xpdcnya yang bergerak perlahan kerana mungkin aspek fikir kita adalah sama dengan meniru gaya paderi abad ke 9 berfikir...

Sahabat-sahabat pasti mempunyai jawapan tersendiri

wallahua'lam...

Wednesday, January 6, 2010

Jahiliyah Abad Ke 21 - Bahagian 2

Saya memilih untuk tidak membaca dan menulis terlebih dahulu tentang kemuncak bangun dan jatuhnya jahiliyah. Mengembara ke alam jahiliyah, sangat memelikkan. Namun, akal mesti menerimanya sebagai satu peradaban jahil yang pernah wujud mencapai kemuncaknya.

Sehingga sekarang kewujudannya masih dirasai. Saya teringat kepada tajuk asal tesis saya. "Kesan Kewujudan Mazhab Akidah Dzolalah Kepada Umat Semasa." Kerana itu pembacaan mengenai sejarahnya saya teruskan. Banyak perkara yang pernah diketahui, namun lupa hilang entah kemana.

Membacanya menyebabkan saya meletakkan diri ketahap yang paling jahil. Menyingkap sejarah kejahilan masyarakat dunia yang berpunca pada tamadun-tamadun besar dunia.

Saya ingin kembali kepada kisah awal penyesatan manusia pertama. Semenjak peristiwa penghalauan Adam dan hawa dan pembunuhan pertama manusia oleh Habil ke atas Kabil, perkembangan tipu daya Iblis dan konco-konconya dari kalangan syaitan jin dan manusia juga berkembang. Ia bukan sahaja mengkaderkan tenteranya dari kalangan jin, namun juga dari kalangan manusia. Pengalaman mengajar gerakan Iblis ini berkembang lebih maju, kreatif, dinamik dan licik. Ia menyesatkan anak-anak Adam seperti mana yang telah dijanjikan. Maka berlakulah pada setiap era manusia tersesat dalam mengenal hakikat Tuhan dan ketuhanan. Lahirlah bangsa manusia berlumba-lumba menjadi jahil...

Allah swt tidak membiarkan manusia selamanya di dalam keadaan kegelapan. Allah tidak akan mengadili manusia melainkan setelah diturunkan rasul membimbing dan menyampaikan risalahNya. Nabi dan rasul diturunkan pada setiap kaum dan mereka memberikan petunjuk dan jalan mengenal Tuhan dan jalan sebenar. Lantas wujudnya satu gerakan dakwah dan pengIslahan (pembaikan).

Menyedari hakikat ini, Iblis dan konco-konconya cuba memperhebatkan lagi perancangan, godaan dan objektif penyesatan mereka. Boleh juga saya menamakan bahawa iblis telah lama mempunyai mision by objective yang tersendiri. Bersama-sama Iblis adalah tentera syaitan Iblis dan manusia. Mereka tidak mahu kalah sebelum berlakunya kiamat. Iblis mahukan seberapa ramai anak Adam bersamanya di dalam api neraka dan ia menyedari dengan tidak putusnya para nabi dan rasul di utuskan, ia menjadikan kerjanya satu kerja yang amat sukar. Tetapi tidak mustahil!

Permulaan kepada Keruntuhan Jahiliyah ‘alamiyah (global)

Setelah berkurun lamanya berlalu, jahiliyah akhirnya bertembung dengan musuhnya yang terakhir yang paling digeruni dan ditakuti. Dialah Muhammad bin Abdullah. Kedatangan ‘musuh’ ini diketahui oleh jahiliyah semenjak dari zaman nabi-nabi sebelumnya lagi. Di dalam kitab injil dan Taurat telah disebutkan akan kedatangan seorang yang mempunyai ciri kenabian seperti rasullulah saw. Namun mereka tidak mengetahui kekuatan dan impak sebenar musuh ini sehinggalah mereka dikalahkan.

Suka saya menceritakan ketika mana bapa saudara baginda Muhammad SAW, membawanya bersiar-siar ketika kecil, mereka bertemu dengan seorang pendeta yahudi yang mengetahui bahawa inilah Rasul terakhir, Muhammad saw...Hal ini kerana fizikal baginda ada diceritakan dalam Injil dan Taurat.

Hendaklah difahami bahawa jahiliyah pada era sebelum nabi Muhammad saw dan sezaman dengannya adalah jahilliyah yang berkembang dengan dasar assobiyah, perkauman, perpecahan, buta huruf dan tidak bertanzim (tersusun). Namun, ia tidak melupakan aspek kebendaan kerana pada tamadun Rom dan Parsi, kebendaan inilah yang menjahilkan mereka. Tetapi jahiliyah pada zaman tandus tanah arab ini adalah jahiliyah yang masih lagi belum matang dalam tahap sebenarnya walaupun usianya telah menjangkau ribuan tahun. Ia masih mencari-cari petunjuk bagi era jahiliyah yang benar-benar kukuh. Begitu juga jahiliyah di Rom dan Parsi. Mereka masih bersifat menguatkan diri dan berperang satu sama lain.

Maka terhasillah golongan kafir yang menentang umat Islam bersatu dalam peperangan, tetapi kemudian kembali bergaduh sesama sendiri. Mereka tidak mengenal sifat dan perkembangan agama Muhammad yang ‘baru’ ini yang bersifat ‘alamiyah (global) dan menyeluruh (syumul). Jahiliyah yang bertapak di tanah arab dan dunia selama lebih beratus tahun tersebut (selepas kedatangan nabi Isa dan Yahya a.s) dikejutkan oleh agama samawi yang dahulunya biasa di dengar dikalangan orang yahudi dan nasrani sahaja.

Sementara itu di kalangan yahudi dan nasrani pula, yang juga telah terpesong kerana perangkap jahiliyah, gerakan ini membawa sesuatu yang bertentangan dengan kefahaman mereka mengenai agama. Kini ada satu ancaman telah muncul dari kalangan mereka sendiri. Kebanyakan mereka tidak mengakui Muhammad dari keturunan quraisy sebagai rasul terakhir. Namun mereka hanya percaya rasul terakhir itu adakah dalam kalangan bangsa yahudi sendiri.

Tanpa disedari oleh jahiliyah ini, dan jahiliyah seluruh dunia, agama ‘baru’ ini bakal merubah dan mendirikan kekuatannya di atas keruntuhan jahiliyah. Jahiliyah dikejutkan oleh satu serangan yang mereka tidak sangka-sangka dan kekalahan mereka disempurnakan dengan turunnya surah terakhir yakni surah an nasr dan ayat terakhir yakni ayat 3 di dalam surah al Maidah. Maka terbentuklah masyarakat unggul madani Mekah dan Madinah yang membentuk nukleus kepada perkembangan Islam global.

Masyarakat yang mengenali Islam dalam erti makna sebenar dan menyebarkannya dengan kefahaman yang sebenar. Jahiliyah tidak mampu meroboh gerakan Islam ini kerana perancangannya yang berlandaskan wahyu dan amat teliti serta sifat gerakan dan tanzimnya yang tidak pernah dilihat dalam mana-mana tamadun sebelum ini.

Gerakan ini memulakan dakwah dan tarbiyahnya dari individu, yang membentuk keluarga lantas akhirnya membentuk masyarakat Rabbani. Perkara ini memeningkan perancangan jahiliyah dan mengakibatkan kegagalan mereka mengalahkan gerakan Islam. Usaha mereka memesongkan, menghina dan menyiksa setiap individu Muslim tadi tidak berjaya akibat tarbiyah (pendidikan) yang cukup mantap oleh batang tubuh rasullulah saw yang menanamkan satu akar yang amat sukar di cabut pada setiap individu.

Kader-kadaer Islam yang tidak sampai dua ratus orang inilah yang menjadi sulbi atau tulang belakang masyarakat Madinah yang mempolopori dan mempengaruhi gerakan ombak massa yang meruntuhkan jahiliyah yang ada pada waktu itu dan membina di atasnya Islam dalam erti kata sebenar.

Demikian sejarah peringkat awal kemunculan islam yang menjadi musuh kepada jahiliyah. Namun pada pandangan saya, sekiranya kemajuan dalam keagamaan dan penghayatan terhadap Allah dapat difahami oleh semua golongan pada zaman tersebut, maka pastinya mereka akan kembali kepada agama. ...

Pause....

Wallahua'lam

Monday, January 4, 2010

Singa Sedang Mengkambing

Isu Kalimah Allah merupakan isu terbaru yang menyentuh sensitiviti Umat Islam. Namun, apabila diteliti kepada nas al-Quran dan al-Hadith, jelas sekali ia tidak diperincikan. Oleh yang demikian, ada sebahagian ulama' mengkategorikannya sebagai perkara ijtihadiyah. Sama-samalah kita amati pendirian kita. Mengambil langkah terbaik. Bukan hanya digembar-gemburkan sebagai isu.

Umat islam termasuk saya mungkin hilang sedar akan beberapa perkara. Pertamanya adalah kelemahan / kekuatan, dan keduanya adalah berkenaan kefahaman

Ikhwan sekalian.

Pertamanya ialah berkaitan dengan kelemahan dan kekuatan.

Sekiranya kita kuat dan berupaya, pastinya isu kalimah Allah ini tidak menjadi satu pertikaian kerana disebalik kesan negatif, hakikatnya ada kelebihan yang positif kepada kita. Sepatutnya kita sebagai umat islam segera meluaskan gagasan dan pelaksanaan dakwah kita dengan menggunakan nama Allah pada semua kitab agama lain.

Seandainya gerakan kristian seakan-akan menang kerana mereka boleh menggunakan kalimah Allah, masakan tidak kita juga melakukan perkara yang sama. Mereka menyebarkan dakyah, kita pula sepatutnya menguatkan dakwah. Bersama dengan bible, mereka menguatkan konsep trinity, maka bersama dengan bible juga kita menyatakannya kepada umum tentang kesilapannya. Kebobrokannya bible yang telah tewas dalam semua debat agama di Indonesia dan juga kebobrokannya yang telah tewas dalam perdebatan zaman Ahmad Deedat.

Namun, ia tidak menjadi seperti apa yang diutarakan seperti diatas. Kita umat islam hanya melenting dengan isu ini. Kerana apa? Ia adalah kerana kita lemah. Sekiranya semua tidak mengakuinya, maka biarlah saya yang mengakui bahawa saya lemah. Ayuh memperkuat...

Ikhwan sekalian.

Perkara kedua ialah Kefahaman

Amat diyakini, bahawa isu ini lama kelamaan hanya akan ditelan masa. Seperti isu yang lain juga. Boikot memboikot dah senyap. Gerakan anti Israel dah senyap. Isu Palestin pun dah senyap. Mengapa ia akan senyap. Pertama ialah rasa putus asa dan kedua ialah gagal bangkit kerana faham.

Bangkit kerana isu akan mengakibatkan jangka pendek sahaja, namun bangkit kerana kefahaman Insya Allah akan memastikan ruh jihad kita berterusan. Dan inilah perkara yang ditakuti musuh islam.

Apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan "bangkit dengan faham." Faham yang dimaksudkan adalah sedar dengan kehebatan agama dan akidah. Kembali mentauhid dan mengesakan Allah. Memperkuat gerakan thaqofah hati sambil beryakin dengan janji Allah. Melaksana arahan dan meninggalkan laranganNya. Beryakin dengan Qoda' dan qadr, beryakin dengan hukum Allah dan beriman kepada rukun islam dan iman.

Inilah yang dimaksudkan gerakan kesedaran. Bangkit kerana sedar lebih baik daripada bangkit agreasif membuta tuli.

Cerpen

Kelompok harimau telah mencemburui singa kerana kegagahan singa dan saingan yang singa berikan dalam satu habitat makanan. Singa selalu menang dalam perebutan mangsa makanan. Harimau berang. Mereka mengadakan mesyuarat sesama mereka. Keputusan dikeluarkan.

Pada suatu hari, seekor harimau menyeludup masuk kawasan singa dan menculik sebanyak mungkin anak singa. Kemudian, anak singa yang masih kecil tadi akhirnya diberikan kepada kelompok kecil kambing dikawasan kambing yang terletak jauh dari situ. Maka bermulalah kehidupan anak singa tadi. Anak singa tersebut dinamakan Singobing.

Bermulalah kehidupan SingoBing. Dia haus...inginkan susu. Pada satu hari dia bertemu dengan Ibu Kambing. Walau tidak mampu berkata-kata, namun naluri seekor kambing ibu telah memenuhi kehendaknya. Dengan naluri keIbuan akhirnya Ibu kambing menjadi ibu susuan Singobing.

Pasti seronok apabila mendapat adik beradik susuan. SingoBing leka, bermain namun tidak mampu berbahasa. Dia cuba mengembek, namun kekok. Ibu susuannya sentiasa menyayanginya. Akhirnya dia fasih mengembek. Maka lekalah SingoBing bermain seperti biasa.

SingoBing mengembek seperti kambing. Lagaknya sama seperti kambing. Kehidupannya adalah sama seperti kambing. Pada ketika umurnya menjangkau dewasa, dia mula memakan rumput. SingoBing akhirnya mampu memakan rumput.

Suatu hari kumpulan singa menjumpai SingoBing, dan mereka menculik SingoBing kembali kekawasan singa. SingoBeng pelik, dia langsung tidak memahami apa berlaku dikeadaan sekeliling. Tidak mampu berbicara seperti singa, adalah masalah besar. Dalam satu minggu, akhirnya dia mampu berbahasa.

"Kau adalah seperti kami, garang dan gagah. Spesis kita adalah raja di rimba. Memakan daging haiwan pemangsa. Kita hebat, sehinggakan manusia pun takut mendekati kita. Berlari pantas, berkuku tajam. Taring gigi kita mampu mengoyakkan apa sahaja. Dalam habitat ini, tiada yang berani mengancam kita. Harimau pun akur dengan kehebatan kita. Kau adalah sebahagian daripada kami. Kerana itu kami membawa kau kesini."

"Aku tidak percaya. Aku bukan spesis kamu. Kamu makan daging, namun hidanganku adalah rumput ini. Kamu mengaum gagah. Namun aku selese mengembek seperti dulu. Aku tidak mampu berlari laju. Aku tidak diajar oleh ibuku menjadi segagah kamu. Biarkan aku pergi. Jelas sekali kita tidak sama."

"Kami akan terus mendidik kau seperti kami. Kami tidak akan mengalah. Mari ikuti aku ke sungai. Kau akan tahu mengapa aku berkata begitu"

"Sekarang jadikanlah permukaan air sungai sebagai cermin. Lihatlah fizikalmu dan fizikalku. Adakah kau nampak ia ada perbezaan? Dan adakah kau masih merasakan bahawa kau adalah spesis kambing lagi?

"Ya, mungkin kita sama. Tapi, aku tetap aku. Izinkan aku pergi. Selamat tinggal."

Kumpulan singa membiarkannya pergi. Mereka merenung kemungkinan yang akan berlaku kepadanya.

Suka saya mengibaratkan anak singa tadi adalah seorang MUSLIM.



Wallahua'lam
 

KLIK UNTUK KE LAMAN RASMI GAMIS

Template by: Abdul Munir